Search

・・・
Sukan Payung Perpaduan.
.
Tidak...

  • Share this:

・・・
Sukan Payung Perpaduan.
.
Tidak dapat dinafikan, sukan itu memang menyatupadukan kita rakyat Malaysia. Dalam sukan itu sendiri kita bukannya di kelaskan mengikut bangsa, agama mahupun warna kulit, tetapi setiap kali bertanding, kita adalah rakyat MALAYSIA. Malah saya juga bangga kerana pasukan saya terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa tetapi keakraban kami adalah seperti sebuah keluarga.
.
Ketika beraksi di Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini, saya amatlah terharu apabila melihat seluruh rakyat Malaysia berhenti sebentar dari kesibukkan harian dan duduk dihadapan kaca television memberi sokongan penuh kepada saya serta seluruh kontinjen Malaysia. Mesej semangat yang saya terima dari seluruh rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India mahupun Sabah dan Sarawak betul-betul menjadi motivasi untuk saya menggapai kejayaan di Tokyo baru-baru ini.
.
Kepada seluruh raykat Malaysia, marilah kita bersama-sama mengeratkan lagi silaturahim dan perpaduan yang telah terjalin sekian lamanya. Dan janganlah kita mudah terpedaya dengan anasir-anasir jahat sesetengah pihak yang menjadikan isu perkauman sebagai senjata demi kepentingan peribadi mereka. Kita adalah rakyat Malaysia, rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Dan kita adalah sebuah keluarga besar yang harmoni.
.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 64. Dirgahayu Malaysia ku 🇲🇾
.
Malaysia Prihatin, Merdeka Selama-lamanya!
.
.
#merdeka #merdeka2021 #merdekamalaysia
#independenceday #keluargamalaysia
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#tanahtumpahdarahku
#teamazizul #azizulawang


Tags:

About author
not provided